Kembali ke Senarai Soalan
9jumlah·0hari ini·0minggu ini·3bulan ini·9tahun ini
Al-QuranDijawab pada 15 Mei 2026

Hukum bacaan ayat berulang semasa solat fardu

Soalan

Membaca surah yang berulang semasa solat fardu ada kah di benar kan jika ktk kurang hafal surah lain . contoh surah ikhlas sampei lah raakat ke 4.selain surah Al fatihah utk solat .

Jawapan

Jawapan Bertulis

Assalamualaikum. Membaca surah yang sama berulang kali dalam solat fardu adalah dibenarkan dan solat tersebut sah. Tiada larangan untuk seseorang mengulang surah yang sama pada setiap rakaat, termasuk Surah al-Ikhlas, jika belum banyak menghafal surah lain. Dalam solat, bacaan yang wajib hanyalah Surah al-Fatihah. Manakala membaca surah lain selepas al-Fatihah ialah sunat. Oleh itu, jika seseorang hanya mampu membaca satu atau beberapa surah pendek sahaja, maka boleh diulang dalam rakaat-rakaat seterusnya. Terdapat juga hadis sahih bahawa seorang sahabat sering membaca Surah al-Ikhlas dalam setiap rakaat kerana kecintaannya terhadap surah tersebut, lalu Rasulullah SAW tidak melarang perbuatannya. Rasulullah SAW bersabda: “Kecintaanmu terhadap surah itu akan memasukkanmu ke dalam syurga.” Riwayat al-Bukhari. Namun begitu, jika mampu, digalakkan untuk mempelajari dan menambah hafalan surah-surah lain sedikit demi sedikit bagi memperbanyakkan bacaan al-Quran dalam solat. Rujukan: 1. Sahih al-Bukhari – Hadis berkaitan sahabat yang mengulang Surah al-Ikhlas https://sunnah.com/bukhari:774 2. Imam al-Nawawi, al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab. 3. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – Hukum Mengulang Surah yang Sama Dalam Solat https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3618-al-kafi-1420-hukum-mengulang-surah-yang-sama-dalam-solat Wallahu a‘lam.
Kongsi JawapanPerlu log masuk

Penafian: Jawapan yang diberikan melalui JS Link adalah berbentuk bimbingan umum sahaja dan bukan merupakan fatwa atau keputusan rasmi. Bagi perkara yang memerlukan keputusan rasmi, sila rujuk kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) atau Pejabat Mufti.