Kembali ke Senarai Soalan
12jumlah·0hari ini·1minggu ini·2bulan ini·12tahun ini
HalalDijawab pada 13 Mei 2026
Khinzir / Babi
Soalan
Apakah benar hanya daging babi yang haram di makan sedangkan bahagian-bahagian lain boleh dimanfaatkan kerana ayat al-quran hanya menyebut larangan daging sahaja. Mohon pencerahan. Terima Kasih.
Jawapan
Jawapan Bertulis
Waalaikumussalam.
Secara umum, para ulama memahami bahawa pengharaman babi dalam Islam bukan terhad kepada daging sahaja, tetapi meliputi keseluruhan haiwan tersebut kerana babi dihukum sebagai najis dan haram dimanfaatkan pada perkara yang dilarang syarak.
Walaupun dalam beberapa ayat al-Quran disebut perkataan “daging babi”, para ulama menerangkan bahawa penyebutan itu merujuk kepada babi secara keseluruhan menurut kefahaman bahasa Arab dan penafsiran para ulama tafsir.
Oleh itu, bahagian lain seperti lemak, kulit, minyak dan organ-organ lain juga termasuk dalam hukum haram untuk dimakan.
Namun dalam keadaan tertentu seperti darurat perubatan yang benar-benar diperlukan dan tiada alternatif lain, maka hukum boleh berbeza mengikut keadaan serta penilaian pihak berautoriti dan pakar berkaitan.
Wallahu a‘lam.
Kongsi JawapanPerlu log masuk
Penafian: Jawapan yang diberikan melalui JS Link adalah berbentuk bimbingan umum sahaja dan bukan merupakan fatwa atau keputusan rasmi. Bagi perkara yang memerlukan keputusan rasmi, sila rujuk kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) atau Pejabat Mufti.
