Kembali ke Senarai Soalan
10jumlah·0hari ini·1minggu ini·2bulan ini·10tahun ini
MuamalatDijawab pada 11 Mei 2026

Affiliate TT

Soalan

Apa hukum dpt komisen affiliate tanpa polah video?

Jawapan

Jawapan Bertulis

Assalamualaikum. Secara umum, mendapatkan komisen affiliate tanpa membuat video adalah harus selagi cara tersebut tidak melibatkan penipuan, scam, unsur haram atau mempromosikan produk yang dilarang dalam Islam. Dalam sistem affiliate, komisen biasanya diberikan kerana membantu mempromosikan atau membawa pembeli kepada sesuatu produk melalui pautan (link), perkongsian media sosial, website, WhatsApp, Telegram dan sebagainya. Maka video bukan syarat utama. Namun perlu memastikan: • produk yang dipromosikan halal dan tidak memudaratkan, • maklumat produk tidak ditipu atau diperdayakan, • tidak menggunakan akaun palsu, fake order atau manipulasi sistem, • dan tidak menzalimi pihak lain. Jika semua urusan dilakukan secara telus dan sah di sisi undang-undang platform, maka komisen yang diterima insya-Allah adalah harus. Wallahu a‘lam.
1 orang menyukai
Kongsi JawapanPerlu log masuk

Penafian: Jawapan yang diberikan melalui JS Link adalah berbentuk bimbingan umum sahaja dan bukan merupakan fatwa atau keputusan rasmi. Bagi perkara yang memerlukan keputusan rasmi, sila rujuk kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) atau Pejabat Mufti.